assalamualaikum..
sy ingin lagi berkongsi kisah yg terdapat di dalam group inpirasi Inyirah Azhar. semoga ia memberi manfaat dan semangat kepada kita semua.
Kisah Rasulullah Mengajar Lelaki Keluar Dari Kemiskinan.
Pada suatu hari seorang lelaki Ansar dtg kpd Nabi Muhammad S.A.W meminta bantuan.
Baginda S.A.W pun bertanya, "Apakah kamu mempunyai sesuatu di rumah?"
Lelaki Ansar menjawab, "Ya,ada, iaitu pakaian kasar yg dpt mengalas punggung unta. Sehelai kami guna dan ada yg sehelai hamparkan. Dan juga bekas minum. "
Rasulullah S.A.W pun terus berkata, "Bawa kedua-duanya kpd aku."
Maka lelaki Ansar itu tadi pun membawa kedua-duanya kpd Rasulullah S.A.W lantas Baginda mengambilnya lantas berkata kpd org ramai, "Siapa yg mahu membeli dua brg ini?"
Seorang lelaki pun menjawab, "Aku akan membelinya dengan 1 dirham"
Rasulullah S.A.W pun berkata & mengulangi 2,3 kali, "Siapa yg mahu menawarkan 2 dirham?"
Seorang lelaki pun menjawab, "Saya mahu membelinya dgn 2 dirham,"
Rasulullah S.A.W pun mengambil 2 dirham tersebut dan di berikan kpd lelaki Ansar td lalu berkata, "Belilah makanan 1 dirham utk keluargamu dan 1 dirham lg gunakan utk membeli (mata) kapak dan bawa kepadaku."
Lelaki Ansar td pun melaksanakan arahan Rasulullah S.A.W dan memberikan (mata) kapak tersebut kpd baginda. Rasulullah S.A.W memasangkannya dgn kayu lalu berkata, "Nah (kapak) dan sila pergi mencari kayu. Aku tak mahu melihat kami di sini selama 15 hari ini."
Lelaki Ansar itu pun beredar, mencari kayu dan menjualnya. Selepas 15 hari lelaki Ansar itu dtg kpd Rasulullah S.A.W bersama 15 dirham. Rasulullah S.A.W berkata, "Beli makanan dan bakinya beli pakaian. sesungguhnya itu adalah lebih baik dari kamu dtg meminta-minta kerana perbuatan meminta-meminta itu akan merosakkan wajah kamu pada hari Akhirat. Sesungghunya meminta-minta itu hanya utk yg sangat miskin, org yg kerugian teruk atau darah yg menyakitkan."
p/s - Hadis ini di rekod kan oleh Imam Ibn Majah, no hadis 2198.
- Rantaian hadis ini bermula dari Anas bin Malik r.a
Saturday, 29 June 2013
rezeki
assalamualaikum...
Tiap rezeki kita, ada rezeki orang lain.
Beliau pernah membeli 2 tasbih digital. kemudian mendapat 1 percuma. ia bermakna beliau mempunya 3 tasbih digital. Namun, oleh sebab ada seorang sahabat teringin mempunyai 1 tasbih digital, maka sy di beri 1 kepada sahabat. dan 1 telah hilang. kini hanya tinggal 1.
" Tidak semestinya semua yg kita dapat semua milik kita "
Barangkali RM1,000 tiap bulan tetapi selepas belanja, bayar dan simpan hanya tinggal RM100. Maka RM100 itulah milik kita. Yang lain adalah milik orang lain.
bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah.
terdetik juga hati sy untuk menulis dan membina blog ini. segala inspirasi dan idea ini adalah dari saudari #insyirahazhar. sejak sy mula berjinak-jinak dengan karya-karya beliau. untuk sekarang, sy masih belum mampu untuk membeli buku-buku beliau. hanya membaca e-book beliau sahaja boleh memberikan impak yg maksimum. memberikan semangat yg luar biasa.
sy juga turut mengikuti perkembangan Dr.Azizan Osman. utk mengikuti kursus-kursus beliau, sy masih tidak mempunyai masa yg terluang. rugi juga bila lepaskan peluang yg sedia terhidang.
sy berharap, dengan adanya blog ini mampu memberi kesan kepada sesiapa yg membacanya.
Subscribe to:
Comments (Atom)