Tuesday, 20 August 2013

Kisah Duit Syiling dan Batu

Alhamdulillah..

Sekali lagi saya di beri peluang utk terus menulis. walaupun dah lama sy tinggal tabiat ini.

TINGGGG!

Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu, tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama, tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.

TINGGG!

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan di sekelilingnya. Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya. Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lg duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya. "Rezeki aku!". Kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya di campakkan oleh ketuanya dari tingkat 8 bangunan separuh siap yg mereka bina itu. Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.

Puas ketuanya menjerit drpd tingkat 8, cuba memanggil lelaki itu yg berada di tingkat yg paling bawah. Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut.

Dek kerana itulah, ketuanya mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak ke melihatnya di atas. Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kpd pekerjanya itu.

Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas. Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah merasa sakit dan terganggu, lelaki itu mendongak ke atas, melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi. Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

p/s : Sahabat sekalian, kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta. Tanpa sedar, Allah sering menjatuhkan 'syiling' lambang rezeki, rahmat atau kesenangan yg tidak terkira byk kepada kita.

Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas utk mengingati dan bersyukur dgn kurniaan-Nya. Tetapi kita acap kali lalai utk mendongak ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Dan hanya setelah merasa kesakitan itu, barulah kita teringat utk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.



No comments:

Post a Comment